Thursday, August 25, 2016

Shopping #myuniqlokids untuk baju raya anak-anak

Holla! Hari ni nak share skit pasal event nuffnang yang kitorg attend sabtu ari tu. Honestly, this is my first time attending a nuffnang event. And honestly, IT IS SO FUN!!!! Kalau ku tahu, dah lama dah ku sahut cabaran jemputan nuffnang untuk apa-apa event sebelum ni. Ok, demikian adalah ayat-ayat org jakun, org 1st timer. Ni nak share plak pasal event yg kitorg pegi tu.

So last Saturday, UNIQLO Malaysia ada organized satu event mainly to promote their Kids Collection. Promote bukan sebarang promote ye, event ni turut promote kan kita parents untuk spend more quality time dgn anak2. And you know what, I think they did the event on the right time. Sebab sekarang kan nak dekat-dekat puasa so nak dekat raya, ramai parents yg mesti tengah buat preparation baju raya untuk anak-anak diorg kan? So let me tell you, lepas attend event sabtu tu, aku memang highly recommend parents utk shopping baju raya anak-anak di UNIQLO.

As usual kitorg anak beranak dah bangun pagi2 sabtu tu. Dimulakan dgn mengisi perut masing2, kitorg bertolak ke One Utama dalam pkul 8.45 pagi. Nasib pepagi OU tu xramai org. hehe.. cemane nk ramai ye  dak, kedai pun xbukak lg. Sesampai di OU, rupanya dah ada dua tiga blogger dah yang dah sampai jugak. Maaf la ye blogger2 yang ada, xdapat nak beramah mesra sgt. Anak dara saya sorg ni pemalu, clingy, mengada nya nauzubillah. Tu pun nasib lama2 dia ok.



The event started with a short and simple speech by a rep from UNIQLO Malaysia. I bet she must be a mom too sbb speech dia sgt ringkas macam paham2 budak2 ni dh xboleh dok diam.


So aktiviti pertama ialah aktiviti menyusun bricks. Mencabar ok.. aku ni tau2 je la, mane reti nak ajar anak suh buat lego sndiri. Dengan anak clingy nye, last2 aku yg pening2 nak siap kan paper crinkler tu. Mencabar weyhhh.. tapi seronok! Bila dh siap terasa bangga sekejap. Pdhal adik dpn tu buat sendiri rilek je. siap dulu plak tu.. syabas dik, awak mmg hebat! Acik xhebat sgt.



Walaupun bukan dian yang buat sepenuhnya, dia pun teruja tgk hasil titik peluh mak dia menyiap kan paper crinkler dari lego bricks tu. Dian kate dia tunggu mak die buat kapal plak guna lego bricks. Eh? Btw dian, ni mak nak ajar.. That’s not how you do a proud face..  you should actually do it like..
.
.
.
.
.
.



THIS!

Second activity was to make cute octopus using the paper crinkler td. Haaa.. yang ni dian buat sendiri dengan bersungguh2. Excited dia buat sndiri. Mak pun excited jugak!





Sementara kitorg buat aktiviti2 best ni, husband dah masuk butik UNIQLO dulu bawak dani. Ehhhh.. pandai dia caras aku. Pegi xajak2, xtunggu2. Keluar je bgtau “B, baju dia lawa2. Abang tau dah nak beli yang mana”. Amboi banggg..
Settle semua aktiviti, kitorg pun masuk butik UNIQLO sama2. Mmg btol, baju2 dia lawa2. Yg latest LEGO collection ni pun cantik2.


Lepas tu masuk dalam lagi ke kids section. Mak jelling je ladies department guna bucu mata. Nasib ada ayah, kalo xmsti baju mak pun masuk bakul. Kat kids section tu teruja lagi. Harga2 baju berpatutan! Corak pun lawa2 especially printed T’s utk boys. Stylo ok! Kalau dani pakai nanti, mesti double S = Segak dan Selesa!

As we all know, UNIQLO punya baju bajan mmg mostly canggih2 and boleh serap peluh la xpanas la, and its proven. I don’t know how they do it but their collections are totally comfortable to wear especially for kids and my babies. Senang diorg nak bergerak and nak main. Peluh2 pun xde masalah. Kalau x, bau bacan! dengan peluh menitik. Euwww.. Bayangkan kalau anak korg jenis yg super aktif xboleh dok diam tu. Dari pening2 nak bawak baju spare, beli je baju UNIQLO. Dah tenang kepala otak.

Sebelum pgi event ni pun mmg tau baju2 UNIQLO ni semua high-quality. Basuh byk kali pun xluntur. Quality pun xterjejas skit pun. Mmg puas hati dgn baju2 UNIQLO sebelum ni. Bile dpt peluang join event ni, bertambah2 impress dgn baju2 UNIQLO sbb sblm ni xdpt belek bebetul sbb pgi time ramai org.  Dan memandangkan sabtu tu event tu awal n org pun blom ramai, menggila kitorg laki bini pilih baju utk budak2.

If you all are planning to do some shopping for your kiddos (or utk diri sendiri pun boleh) head down to UNIQLO. They have wide range of comfortable collections and it wont hurt your pocket that is for sure. Insyallah kalau ada masa lagi pun kitorg nak kutip2 lagi baju-baju budak ni kat UNIQLO.



Ni la budak2 yang saya maksud kan tu.. Ngeeeee..

Kalau nak tau apa-apa update terbaru pasal UNIQLO Malaysia, boleh check di FB and website dorg kat bawah ni..



Selamat shopping!

Wednesday, August 24, 2016

#diandanipiphuket - Phuket trip 2016 *THE ELEPHANT RIDE*

*entry hari kedua tapi super panjang*

the only activity i can think of. sebelum sampai ke phuket lagi, naik gajah la aktiviti yang disebut2. tak mungkin kitorg buat aktiviti island hopping with the kids. google punya google, jumpa website yang boleh buat online booking terus and pay later. konon-konon based on survey made through google, website tu offer harga paling murah la. harga untuk 30mins elephant ride, THB 7000 per person. +/- RM70 seorang. dian aku kira kan as child below 4y/o je. hehehe.. selagi belum november, dian masih belum 4tahun so boleh enjoy all the free admissions (i hope). kalau tengok kat tripadvisor, mostly cakap diorg naik gajah setengah jam harga THB8000-THB15000.

So, aku booked la yg kat website tu untuk 2 orang. pakej termasuk hotel transfer yang aku dah deal kan diorg amik kitorg pada hari kedua.

Day two - 14 august 2016

on day two, masing2 bangun awal. sbb malaysia cepat sejam kan, so masing2 dah segar subuh subhi di thailand. apak diorg yang paling lambat bangun. nak pegi breakfast pun awal lagi. kitchen restaurant hotel tu pun belum bukak agaknye. so, husband decide bwk diorg swimming. the night before tu hujan. so sejuk2 pagi tu pun anak2 belasah jgak nak masuk pool punya pasal.




lepas swimming, kita bersiap2 untuk sarapan. dah janji dgn org elephant ride tu suh diorg pick up pukul 9 kat hotel. sempat sangat kitorg breakfast puas2, pusing2 area hotel. memandangkan hotel tu tak serve halal food, kitorg pun breakfast je la yang mana kami yakin tak haram. sebelum pegi phuket, kakak ipar ada share ilmu yang dia dapat dari kuliah dhuha dia pegi hari2. dia kata ustaz dia cakap, kalau kita ditempat org dan nak makan, makan aje la apa2 yang nampak halal dimata kita. tak payah sampai ke dapur org tu check periuk kuali semua. nasib baik kakak ipar share. kitorg pun yakin la skit. alhamdulillah kenyang jugak makan breakfast. itu pun makan roti, telur, kentang, cereals. daging2 mmg xusik. satu masalah hotel kitorg ni, aku dua kali mintak soft boiled egg. dua2 kali jd telur rebus masak penuh. haha.. itu pun masalah. actually nak cakap la itu antara masalah communication yg kitorg lalui. atau mungkin itu pesen soft boiled eggs kat phuket aku tatau la. tapi mmg xsoft langsung. aku dgn husband apa lagi, layan apa yang kitorg biasa layan kat rumah. BENJO. mintak sunny side up, buh atas roti, makan dgn sos, mayo, burpp.. kenyang. anak2, makan buah, toasted bread and hash brown.


eh, terliur plak..

Actually masa hari hep amik kitorg kat airport tu, dia ada bgtau yg hotel pun ada sedia kan pakej2 tour la naik gajah la ape bagai ni. Pstu dia kate skrg ada promotion elephant ride THB5000 je sorg. Alamak.. lg murah la plak. Tp nk buat camne kan dah book awal2. Tp belum bayar. So lps breakfast, kitorg pun tunggu la org tu amik kitorg kat lobby hotel. Whatsapp the number yg ada kat website tu utk bgtau yg kitorg semua dah ready n tgh tunggu. Maklum la.. bwk budak2 ni agak jenuh jugak nk kejar sorg2 yg xsenang duduk kat lobby tu. 

Nak dijadikan cerita, org yg deal dgn kitorg tu kate van diorg rosak daaa.. hahaha.. Allah listen wey.. sbb day before tu dh ckp kat husband, lets just hope org elephant ride yg kitorg dh book tu cancel kan pakej kitorg amik tu sndiri. Rezeki! Aku pun ckp yg kitorg xboleh tunggu lame. Anak2 dah xsenang duduk. So kitorg pun cancel je booking tu politely. Once dah confirm, immediately kitorg tanye plak hotel nk naik gajah dgn dorg cane. Tapi.. org yg jage meja tour tu blom smpai. So salah sorg staff hotel tu direct us to one of the tour booth kat luar hotel tu. N theres where i met the beauty of thailand people. 

Org yg jaga booth tu nama dia fatimah. Fatimah sgt sgt sgt baik. She adds another reason why i love thailand so much. Not just she's a muslim, tp hospitality dia bg sgt baik. Xsure kalau she's being nice sbb kami muslim juga. Tp kalau sebab tu pun apa salah nya kan. Sesama muslim mmg kne saling bantu membantu. Bgtau fatimah kitorg nak naik gajah. Sekarang! Haha.. n guess what, dia bg kitorg harga lagi murah. THB4000 utk seorg. Wahahaha.. almost half price dr booking yg aku buat kat internet sebelum tu. Alhamdulillah, org tu boleh pick up kitorg kat hotel pukul10. Kne tggu skit tp xpela. Xlame lepas close deal dgn fatimah, org yg amik kitorg tu pun sampai. Dani time tu dah tunjuk tanda2 nak nenen. Mati la.. mane nak nenen kan dani. Nasib kami baik lagi, driver transport yg bwk kitorg ke elephant camp tu kasi kitorg duduk kat belah dalam tuk2. Tuk2 masa tu jenis pick up truck. So kitorg dpt duduk kat belah dalam blkg driver. Ade aircond, cermin tinted, kenyang la dani dpt nenen.. hehehe..

Dalam 20minit perjalanan kami pun sampai kat chang elephant camp. Camp tu mcm dlm kampung2 biasa je. Xberapa bersih sgt. Tp tempat gajah kan. What do u expect? Clean tiles? Airconditioned waiting area? No no no.. aku rase camp tu diuruskan oleh satu keluarga tu. Sbb rumah dia kat atas tu je. Boleh nampak kakak dia tgh masak nasik..

Tunggu turn naik gajah agak lama. Mau 30-45minit jugak. Panas oiiii.. jenuh jugak nak leka kan anak2. Dorg pun dah xlarat nak aktif sbb kepanasan. Org yg jaga giliran naik gajah tu garangggg.. takut kitorg tgk dia ckp dgn tourist cina tu pasal turn. Nasib dgn kitorg dia ckp baik2. since kitorg ber4 jadi terpaksa pakai 2 gajah. kalau boleh satu keluarga naik satu gajah lagi best. tp xpela, demi keselamatan kitorg amik sekor gajah bawak 2 org. masa dah dekat sampai turn tu nervous jugak. bukan aku yang takut kan gajah, tapi risau kan dani sebab baby sgt utk duduk sendiri. atas gajah tak boleh pangku2. sebab dani lebih senang dengan ayah dia maka husband je la naik dengan dani. papehal husband boleh handle dani satu tangan je. aku ni kang kelam kabut cemana nak capai budak nye.




turn kitorg sampai, aku dgn dian disuruh naik dulu. ingat kalau boleh husband and dani la naik dulu sbb risau kan si dani tu. aku nak tengok, nak tolong2 mana patut. tp org tu panggil aku n dian. sobss.. sorry bang, naik sendiri hati2 ye..

agaknya org tu tau kitorg satu keluarga so dia lambat2 kan gajah kitorg sementara tunggu satu lagi gajah utk bawak husband n dani pulak. gajah kitorg kecik je. agaknye sesuai utk org2 yg kecik2 kut. sbb tu xbagi husband naik dulu. sementara tunggu gajah husband td tu, gajah kitorg makan2, minum2. takut nye mase gajah tu tunduk kan badan dia. nak pijak badan gajah tu takut dia sakit. hahaha.. sementara gajah tu minum2, org yang jaga tu pun makan minum kut. tapi org tu garang bukan main! setiap penjaga ada pegang sabit. tulis dah kat tempat tunggu tadi tu, gajah takut benda tajam. skali org tu swing sabit dia kat gajah, keletup bunyik. kesian! 

bila husband dah dapat gajah dia, aku memang xsenang duduk. asik2 jerit dari jauh, ok ke?! pegang dani! hahaha.. husband sengih je. nampak ok. (sbb husband tu kalo xok msti muka dia len macam. lega bila semua ok) kebetulan, gajah betina yang aku n dian naik tu cranky skit. penat agaknye asik2 lalu track same bawak orang. gajah tu pun nampak budak lagi. kesian dia. dia punya main2 sampai penjaga dia asik marah dia. gajah husband pun sampai dapat memintas. alhamdulillah, penjaga2 gajah baik2 sesama manusia. haha.. sangat helpful and attentive jugak. aku ni kan mak nenek. aku interview dia gajah dia brp tahun, laki ke pompan, tapi org tu xfasih pun berbahasa inggeris. mana2 je la labu.. 

sampai kat view point, semua gajah berehat. dia suruh kita nikmati permandangan jugak kut. ada baca earlier yang ada camp gajah yang xde view. so setakat naik hutan turun hutan je. ada pakej yang gajah dia siap lalu sungai lagi. sounds interesting tp syukur la tak amik. yang ini je pun perasaan dah bergelodak tah cemane. kat view point tu penjaga gajah offer amik gambar kitorg satu family. aku tgk, penjaga gajah aku je yang cam baik. penjaga gajah husband buat tak heran je. agaknya sbb aku ni ramah tamah sgt ke?



on the way balik dari view point, gajah kena turun semula bukit. grrrr.. lagi menjunam aku rasa. dian sepanjang atas gajah senyap je. dia pun sampai menggelongsor kat tempat duduk tu tak bergerak. haha.. nak sangat kan. lepas tu tetiba gajah diberhentikan. gajah husband pun. org jaga gajah bawak keluar satu bekas full with beaded accessories. nampak tak permainan dia. pakkal atas gajah dia. kalau tak aku tak beli kut. sebab dua gajah, dua anak, kitorg pun terpaksa la beli gelang manik gajah sampai dua. pfffttt.. harga gelang, THB3000 each. wahahaha.. damaged done!

selesai naik gajah, kitorg pun tunggu transport untuk hantar kitorg balik patong. memandangkan hari pun dah tengahri, kitorg mintak dihantarkan ke jungceylon mall. ada baca yang kat situ ada kfc halal. sampai jungceylon, kfc under contruction. udah la hujan. jungceylon mall pun time tu tgh renovation. alternatively, carik food court since ada org cakap situ pun ade stall halal. penat weh time tu.. nangeh kalau tak jumpa stall halal tu. perot dah la lapar. carik signboard nama kedai yg dorg2 slalu cerita kat blog tu. tapi tak jumpa plak. yang kitorg jumpa signboard yang tulis "serve halal food" kat dua stall dalam food court kat lower ground floor tu. boleh la.. nampak cook dia sorg je pompan pakai tudung. ok la tu.. harga dia boleh tahan jugak. sistem yang digunakan pulak lebih kurang mcm touch n go. bayar dulu pstu dapat card lepas swipe card tu. kitorg order set nasi dengan ayam cincang dengan set nasi dengan ayam n cashewnut. dapppp.. anak2 tak berapa nak makan. letih agak nya. settle makan, beli makanan buat tapau skali. mandang kan sistem dia prepaid, duit dah tak berapa nak cukup dalam card tu. nak top up cam malas. so beli je la ape yang mampu. aku gi balik stall tu mintak org kedai tu bagi je la kitorg apa2 yang cukup dengan balance duit dalam card tu. hahaha.. sedih tak sedih la kan. last2 nampak set nasi dengan ayam cincang dengan tomyam ayam satu. nasib portion nye generous. 


balik ke hotel jalan kaki. paling kesian dian la. sebab agak jauh jugak jungceylon mall ke hotel kitorg untuk seorg budak berumur 4tahun. sebagai upah, kitorg singgah convenient store and dian beli la apa2. pringles, oreo, ice cream. so makan tu je la dorg adik beradik. sampai hotel masing K.O. sampai petang swimming. kitorg dinner kan lauk tapau tadi dan maggi dan instant mushroom soup campbell..

ok la penat bebel. nanti sambung day three. da da..



Saturday, August 13, 2016

#diandanipiphuket - Phuket trip 2016

Huwaaa dah dekat sebulan dah cerita pegi phuket ni.. dari sehari ke sehari nak update kat blog xupdate2 pun. dah la konon nak cerita part by part.. gasak la.. cerita yg mana dan je.

Day 1 - 13th July 2016

sampai di airport phuket pukul 5pm waktu thai. transport dari airport ke hotel kitorg dah pre-book dgn hotel. my husband mmg mcm tu. dia paling xsuka nak menggagau kat tempat2 org especially bila ada dua anak kecik tag along. or maybe dia suka perasaan kne usher smpai ke kereta dari airport tu aku xpasti. but, thats quite a good feeling too actually =P

Sampai keluar airport jugak kitorg melilau carik manusia yang ada pegang nama aku. byk gile kut org siam pegang board dgn nama2 manusia tah sape2 lg. risau kut2 dorg lupa ke ape. duit dah bayar ni. anyway, total kitorg bayar untuk dapat kan airport transfer sampai ke hotel di patong dalam RM130. thats THB1030 dah termasuk tax. mahal skit dari taxi2 yang kalau kita amik di airport tu. dorg kate kalau taxi RM80 mcm tu boleh dapat. tp xpela, hustle free. boleh terus direct sampai ke hotel. alhamdulillah, kat luar tu nampak org pegang board with my name on it. ejaan mcm salah, tp aku kompiden tu nama aku. sementara tggu dia gi amik kereta, aku beli air jap. sebab haus sgt nihh.. total THB kitorg bwk ke phuket is 10,000THB. 1st purchase, air mineral yg harga nya 100THB. dah puas togok baru convert. mahalnye air mineral. RM10? phewww.. kalo kat mesia, jgn harap!

Nama driver kami tu Hep. aku memula dgr tu terkejut gak. ha? HELP? ok, maybe aku xpatut bulat kan L tu. nama dia hep. aku jgn nak exagerate. Hep baik. boleh ckp english. skit2. jadi la. dapat la dia share nama2 tempat, place of interest kat phuket tu, information pasal hotel yg kitorg duduk. muka pun xmacam org siam pun. cam org pakistan. jalan dari airport nak ke patong amik masa dekat sejam. bosan oiii.. masa pegi rase gak seronok ingin tahunya. masa balik aku mabuk. dah la masa perjalanan lagi jauh. bencik!

By the way, mase di patong, kitorg stay kat The Viridian Resort. location wise, strategic kalau kita memang jenis xboleh duduk dalam bilik hotel diam2. nak ape? tempat massage, convenient store, kedai buah, farmasi, nak beli spec, topi, tshirt, skirt, sume gerai depan2 tu je. jungceylon mall dgn bangla road pun jalan kaki dah sampai. masa kami mula2 masuk patong, fuhhh.. berselirat, serabut semua ade. dia punye bangunan mcm xteratur. padat hamat! ok, 1st impression kami pada patong kurang memberangsangkan. tp xpe, jangan putus asa. dari jauh aku dah nampak signboard hotel kitorg di celahan signboard2 lain.. aku tau yg kat patong hotel2 dia mostly building yg bertingkat2 tinggi, sederet kedai2, club2.. tp viridian ni dia mmg mcm oasis. tetibe masuk dlm, dia adalah resort yg cuma ada tiga tingkat and swimming pool kat tgh2. sesuai la utk family. x expose to public. agak privacy yet u're still in their city.


*gambar google*

Booking the viridian resort aku buat through booking.com. harga dua malam termasuk breakfast for two cuma RM300. haaa murah kan.. bilik kami deluxe biase je. tp mmg bilik xbesar. cuma ok la, ada katil sebijik, daybed tepi tingkap, balcony, toilet dia pelik dan kecik skit. sinki kat luar which dian panggil area tu dapur dan water pressure shower dia, terbaikkk..

urusan check-in kawan hep yg tolong uruskan. nama dia smile. haha.. smile pulakkk td help. nampak aku pakai tudung die terus claim diri dia muslim. nama muslim dia sofia. tp bila aku tanya halal food kat mana, mampuih die xtau. haha.. abeh ko makan ape piah? but thats ok. staff semua friendly and helpful alhamdulillah.

Since hotel ni byk pokok2, so byk jugak nyamuk even dalam bilik. tp jgn risau, dorg ada sediakan ubat nyamuk and aku pun mmg bawak sticker ubat nyamuk siap2 sbg langkah pencegahan. payung pun dia bagi 2 ketul. mase kitorg pegi ni low season. masa kitorg sampai pun hujan. Hep kate hujan di phuket unpredictable. boleh jadi dia hujan malam, siang cerah. boleh jadi dia hujan sehari suntuk so masak la kau. xkan nak mintak duit refund kat tuhan. hahaha..

malam tu kami cuma dinner maggi dan roti2 malaysia. husband and i were exhausted tp bebudak excited kemain beno. nak suruh tgk tv, mana kan diorg paham. katun nye pun ckp siam. kat viridian, tv dia ada dalam 70 channel. penat nak tekan sesatu kalau nak balik semula kat channel dh bukak td. nasib wifi free. dorg main la ape dorg suka kat daybed. sementara mak upload gambo, borak kat whatsapp dgn kenalan. kehkeh.. before 10pm, semua gonezzzzzzz..


Tu dian dekat lobby hotel mase check in. Dah maghrib time ni. Tgk la blkg tu. Dpn hotel mmg mcm2 ada. Sgt2 strategic location ni. Pandai aku pilih 🙊 . Atm n money changer pun tepi tu je.


Ni plak bilik kitorg.. ok la. Cosy enough utk keluarga kcik kitorg ni. Ada balcony, half facing the swimming pool. Gembira la budak2 dua orang tu.. nnt aku sambung cerita day 2 plak.. batt phone dh 0%.