Thursday, August 25, 2016

Shopping #myuniqlokids untuk baju raya anak-anak

Holla! Hari ni nak share skit pasal event nuffnang yang kitorg attend sabtu ari tu. Honestly, this is my first time attending a nuffnang event. And honestly, IT IS SO FUN!!!! Kalau ku tahu, dah lama dah ku sahut cabaran jemputan nuffnang untuk apa-apa event sebelum ni. Ok, demikian adalah ayat-ayat org jakun, org 1st timer. Ni nak share plak pasal event yg kitorg pegi tu.

So last Saturday, UNIQLO Malaysia ada organized satu event mainly to promote their Kids Collection. Promote bukan sebarang promote ye, event ni turut promote kan kita parents untuk spend more quality time dgn anak2. And you know what, I think they did the event on the right time. Sebab sekarang kan nak dekat-dekat puasa so nak dekat raya, ramai parents yg mesti tengah buat preparation baju raya untuk anak-anak diorg kan? So let me tell you, lepas attend event sabtu tu, aku memang highly recommend parents utk shopping baju raya anak-anak di UNIQLO.

As usual kitorg anak beranak dah bangun pagi2 sabtu tu. Dimulakan dgn mengisi perut masing2, kitorg bertolak ke One Utama dalam pkul 8.45 pagi. Nasib pepagi OU tu xramai org. hehe.. cemane nk ramai ye  dak, kedai pun xbukak lg. Sesampai di OU, rupanya dah ada dua tiga blogger dah yang dah sampai jugak. Maaf la ye blogger2 yang ada, xdapat nak beramah mesra sgt. Anak dara saya sorg ni pemalu, clingy, mengada nya nauzubillah. Tu pun nasib lama2 dia ok.



The event started with a short and simple speech by a rep from UNIQLO Malaysia. I bet she must be a mom too sbb speech dia sgt ringkas macam paham2 budak2 ni dh xboleh dok diam.


So aktiviti pertama ialah aktiviti menyusun bricks. Mencabar ok.. aku ni tau2 je la, mane reti nak ajar anak suh buat lego sndiri. Dengan anak clingy nye, last2 aku yg pening2 nak siap kan paper crinkler tu. Mencabar weyhhh.. tapi seronok! Bila dh siap terasa bangga sekejap. Pdhal adik dpn tu buat sendiri rilek je. siap dulu plak tu.. syabas dik, awak mmg hebat! Acik xhebat sgt.



Walaupun bukan dian yang buat sepenuhnya, dia pun teruja tgk hasil titik peluh mak dia menyiap kan paper crinkler dari lego bricks tu. Dian kate dia tunggu mak die buat kapal plak guna lego bricks. Eh? Btw dian, ni mak nak ajar.. That’s not how you do a proud face..  you should actually do it like..
.
.
.
.
.
.



THIS!

Second activity was to make cute octopus using the paper crinkler td. Haaa.. yang ni dian buat sendiri dengan bersungguh2. Excited dia buat sndiri. Mak pun excited jugak!





Sementara kitorg buat aktiviti2 best ni, husband dah masuk butik UNIQLO dulu bawak dani. Ehhhh.. pandai dia caras aku. Pegi xajak2, xtunggu2. Keluar je bgtau “B, baju dia lawa2. Abang tau dah nak beli yang mana”. Amboi banggg..
Settle semua aktiviti, kitorg pun masuk butik UNIQLO sama2. Mmg btol, baju2 dia lawa2. Yg latest LEGO collection ni pun cantik2.


Lepas tu masuk dalam lagi ke kids section. Mak jelling je ladies department guna bucu mata. Nasib ada ayah, kalo xmsti baju mak pun masuk bakul. Kat kids section tu teruja lagi. Harga2 baju berpatutan! Corak pun lawa2 especially printed T’s utk boys. Stylo ok! Kalau dani pakai nanti, mesti double S = Segak dan Selesa!

As we all know, UNIQLO punya baju bajan mmg mostly canggih2 and boleh serap peluh la xpanas la, and its proven. I don’t know how they do it but their collections are totally comfortable to wear especially for kids and my babies. Senang diorg nak bergerak and nak main. Peluh2 pun xde masalah. Kalau x, bau bacan! dengan peluh menitik. Euwww.. Bayangkan kalau anak korg jenis yg super aktif xboleh dok diam tu. Dari pening2 nak bawak baju spare, beli je baju UNIQLO. Dah tenang kepala otak.

Sebelum pgi event ni pun mmg tau baju2 UNIQLO ni semua high-quality. Basuh byk kali pun xluntur. Quality pun xterjejas skit pun. Mmg puas hati dgn baju2 UNIQLO sebelum ni. Bile dpt peluang join event ni, bertambah2 impress dgn baju2 UNIQLO sbb sblm ni xdpt belek bebetul sbb pgi time ramai org.  Dan memandangkan sabtu tu event tu awal n org pun blom ramai, menggila kitorg laki bini pilih baju utk budak2.

If you all are planning to do some shopping for your kiddos (or utk diri sendiri pun boleh) head down to UNIQLO. They have wide range of comfortable collections and it wont hurt your pocket that is for sure. Insyallah kalau ada masa lagi pun kitorg nak kutip2 lagi baju-baju budak ni kat UNIQLO.



Ni la budak2 yang saya maksud kan tu.. Ngeeeee..

Kalau nak tau apa-apa update terbaru pasal UNIQLO Malaysia, boleh check di FB and website dorg kat bawah ni..



Selamat shopping!

Wednesday, August 24, 2016

#diandanipiphuket - Phuket trip 2016 *THE ELEPHANT RIDE*

*entry hari kedua tapi super panjang*

the only activity i can think of. sebelum sampai ke phuket lagi, naik gajah la aktiviti yang disebut2. tak mungkin kitorg buat aktiviti island hopping with the kids. google punya google, jumpa website yang boleh buat online booking terus and pay later. konon-konon based on survey made through google, website tu offer harga paling murah la. harga untuk 30mins elephant ride, THB 7000 per person. +/- RM70 seorang. dian aku kira kan as child below 4y/o je. hehehe.. selagi belum november, dian masih belum 4tahun so boleh enjoy all the free admissions (i hope). kalau tengok kat tripadvisor, mostly cakap diorg naik gajah setengah jam harga THB8000-THB15000.

So, aku booked la yg kat website tu untuk 2 orang. pakej termasuk hotel transfer yang aku dah deal kan diorg amik kitorg pada hari kedua.

Day two - 14 august 2016

on day two, masing2 bangun awal. sbb malaysia cepat sejam kan, so masing2 dah segar subuh subhi di thailand. apak diorg yang paling lambat bangun. nak pegi breakfast pun awal lagi. kitchen restaurant hotel tu pun belum bukak agaknye. so, husband decide bwk diorg swimming. the night before tu hujan. so sejuk2 pagi tu pun anak2 belasah jgak nak masuk pool punya pasal.




lepas swimming, kita bersiap2 untuk sarapan. dah janji dgn org elephant ride tu suh diorg pick up pukul 9 kat hotel. sempat sangat kitorg breakfast puas2, pusing2 area hotel. memandangkan hotel tu tak serve halal food, kitorg pun breakfast je la yang mana kami yakin tak haram. sebelum pegi phuket, kakak ipar ada share ilmu yang dia dapat dari kuliah dhuha dia pegi hari2. dia kata ustaz dia cakap, kalau kita ditempat org dan nak makan, makan aje la apa2 yang nampak halal dimata kita. tak payah sampai ke dapur org tu check periuk kuali semua. nasib baik kakak ipar share. kitorg pun yakin la skit. alhamdulillah kenyang jugak makan breakfast. itu pun makan roti, telur, kentang, cereals. daging2 mmg xusik. satu masalah hotel kitorg ni, aku dua kali mintak soft boiled egg. dua2 kali jd telur rebus masak penuh. haha.. itu pun masalah. actually nak cakap la itu antara masalah communication yg kitorg lalui. atau mungkin itu pesen soft boiled eggs kat phuket aku tatau la. tapi mmg xsoft langsung. aku dgn husband apa lagi, layan apa yang kitorg biasa layan kat rumah. BENJO. mintak sunny side up, buh atas roti, makan dgn sos, mayo, burpp.. kenyang. anak2, makan buah, toasted bread and hash brown.


eh, terliur plak..

Actually masa hari hep amik kitorg kat airport tu, dia ada bgtau yg hotel pun ada sedia kan pakej2 tour la naik gajah la ape bagai ni. Pstu dia kate skrg ada promotion elephant ride THB5000 je sorg. Alamak.. lg murah la plak. Tp nk buat camne kan dah book awal2. Tp belum bayar. So lps breakfast, kitorg pun tunggu la org tu amik kitorg kat lobby hotel. Whatsapp the number yg ada kat website tu utk bgtau yg kitorg semua dah ready n tgh tunggu. Maklum la.. bwk budak2 ni agak jenuh jugak nk kejar sorg2 yg xsenang duduk kat lobby tu. 

Nak dijadikan cerita, org yg deal dgn kitorg tu kate van diorg rosak daaa.. hahaha.. Allah listen wey.. sbb day before tu dh ckp kat husband, lets just hope org elephant ride yg kitorg dh book tu cancel kan pakej kitorg amik tu sndiri. Rezeki! Aku pun ckp yg kitorg xboleh tunggu lame. Anak2 dah xsenang duduk. So kitorg pun cancel je booking tu politely. Once dah confirm, immediately kitorg tanye plak hotel nk naik gajah dgn dorg cane. Tapi.. org yg jage meja tour tu blom smpai. So salah sorg staff hotel tu direct us to one of the tour booth kat luar hotel tu. N theres where i met the beauty of thailand people. 

Org yg jaga booth tu nama dia fatimah. Fatimah sgt sgt sgt baik. She adds another reason why i love thailand so much. Not just she's a muslim, tp hospitality dia bg sgt baik. Xsure kalau she's being nice sbb kami muslim juga. Tp kalau sebab tu pun apa salah nya kan. Sesama muslim mmg kne saling bantu membantu. Bgtau fatimah kitorg nak naik gajah. Sekarang! Haha.. n guess what, dia bg kitorg harga lagi murah. THB4000 utk seorg. Wahahaha.. almost half price dr booking yg aku buat kat internet sebelum tu. Alhamdulillah, org tu boleh pick up kitorg kat hotel pukul10. Kne tggu skit tp xpela. Xlame lepas close deal dgn fatimah, org yg amik kitorg tu pun sampai. Dani time tu dah tunjuk tanda2 nak nenen. Mati la.. mane nak nenen kan dani. Nasib kami baik lagi, driver transport yg bwk kitorg ke elephant camp tu kasi kitorg duduk kat belah dalam tuk2. Tuk2 masa tu jenis pick up truck. So kitorg dpt duduk kat belah dalam blkg driver. Ade aircond, cermin tinted, kenyang la dani dpt nenen.. hehehe..

Dalam 20minit perjalanan kami pun sampai kat chang elephant camp. Camp tu mcm dlm kampung2 biasa je. Xberapa bersih sgt. Tp tempat gajah kan. What do u expect? Clean tiles? Airconditioned waiting area? No no no.. aku rase camp tu diuruskan oleh satu keluarga tu. Sbb rumah dia kat atas tu je. Boleh nampak kakak dia tgh masak nasik..

Tunggu turn naik gajah agak lama. Mau 30-45minit jugak. Panas oiiii.. jenuh jugak nak leka kan anak2. Dorg pun dah xlarat nak aktif sbb kepanasan. Org yg jaga giliran naik gajah tu garangggg.. takut kitorg tgk dia ckp dgn tourist cina tu pasal turn. Nasib dgn kitorg dia ckp baik2. since kitorg ber4 jadi terpaksa pakai 2 gajah. kalau boleh satu keluarga naik satu gajah lagi best. tp xpela, demi keselamatan kitorg amik sekor gajah bawak 2 org. masa dah dekat sampai turn tu nervous jugak. bukan aku yang takut kan gajah, tapi risau kan dani sebab baby sgt utk duduk sendiri. atas gajah tak boleh pangku2. sebab dani lebih senang dengan ayah dia maka husband je la naik dengan dani. papehal husband boleh handle dani satu tangan je. aku ni kang kelam kabut cemana nak capai budak nye.




turn kitorg sampai, aku dgn dian disuruh naik dulu. ingat kalau boleh husband and dani la naik dulu sbb risau kan si dani tu. aku nak tengok, nak tolong2 mana patut. tp org tu panggil aku n dian. sobss.. sorry bang, naik sendiri hati2 ye..

agaknya org tu tau kitorg satu keluarga so dia lambat2 kan gajah kitorg sementara tunggu satu lagi gajah utk bawak husband n dani pulak. gajah kitorg kecik je. agaknye sesuai utk org2 yg kecik2 kut. sbb tu xbagi husband naik dulu. sementara tunggu gajah husband td tu, gajah kitorg makan2, minum2. takut nye mase gajah tu tunduk kan badan dia. nak pijak badan gajah tu takut dia sakit. hahaha.. sementara gajah tu minum2, org yang jaga tu pun makan minum kut. tapi org tu garang bukan main! setiap penjaga ada pegang sabit. tulis dah kat tempat tunggu tadi tu, gajah takut benda tajam. skali org tu swing sabit dia kat gajah, keletup bunyik. kesian! 

bila husband dah dapat gajah dia, aku memang xsenang duduk. asik2 jerit dari jauh, ok ke?! pegang dani! hahaha.. husband sengih je. nampak ok. (sbb husband tu kalo xok msti muka dia len macam. lega bila semua ok) kebetulan, gajah betina yang aku n dian naik tu cranky skit. penat agaknye asik2 lalu track same bawak orang. gajah tu pun nampak budak lagi. kesian dia. dia punya main2 sampai penjaga dia asik marah dia. gajah husband pun sampai dapat memintas. alhamdulillah, penjaga2 gajah baik2 sesama manusia. haha.. sangat helpful and attentive jugak. aku ni kan mak nenek. aku interview dia gajah dia brp tahun, laki ke pompan, tapi org tu xfasih pun berbahasa inggeris. mana2 je la labu.. 

sampai kat view point, semua gajah berehat. dia suruh kita nikmati permandangan jugak kut. ada baca earlier yang ada camp gajah yang xde view. so setakat naik hutan turun hutan je. ada pakej yang gajah dia siap lalu sungai lagi. sounds interesting tp syukur la tak amik. yang ini je pun perasaan dah bergelodak tah cemane. kat view point tu penjaga gajah offer amik gambar kitorg satu family. aku tgk, penjaga gajah aku je yang cam baik. penjaga gajah husband buat tak heran je. agaknya sbb aku ni ramah tamah sgt ke?



on the way balik dari view point, gajah kena turun semula bukit. grrrr.. lagi menjunam aku rasa. dian sepanjang atas gajah senyap je. dia pun sampai menggelongsor kat tempat duduk tu tak bergerak. haha.. nak sangat kan. lepas tu tetiba gajah diberhentikan. gajah husband pun. org jaga gajah bawak keluar satu bekas full with beaded accessories. nampak tak permainan dia. pakkal atas gajah dia. kalau tak aku tak beli kut. sebab dua gajah, dua anak, kitorg pun terpaksa la beli gelang manik gajah sampai dua. pfffttt.. harga gelang, THB3000 each. wahahaha.. damaged done!

selesai naik gajah, kitorg pun tunggu transport untuk hantar kitorg balik patong. memandangkan hari pun dah tengahri, kitorg mintak dihantarkan ke jungceylon mall. ada baca yang kat situ ada kfc halal. sampai jungceylon, kfc under contruction. udah la hujan. jungceylon mall pun time tu tgh renovation. alternatively, carik food court since ada org cakap situ pun ade stall halal. penat weh time tu.. nangeh kalau tak jumpa stall halal tu. perot dah la lapar. carik signboard nama kedai yg dorg2 slalu cerita kat blog tu. tapi tak jumpa plak. yang kitorg jumpa signboard yang tulis "serve halal food" kat dua stall dalam food court kat lower ground floor tu. boleh la.. nampak cook dia sorg je pompan pakai tudung. ok la tu.. harga dia boleh tahan jugak. sistem yang digunakan pulak lebih kurang mcm touch n go. bayar dulu pstu dapat card lepas swipe card tu. kitorg order set nasi dengan ayam cincang dengan set nasi dengan ayam n cashewnut. dapppp.. anak2 tak berapa nak makan. letih agak nya. settle makan, beli makanan buat tapau skali. mandang kan sistem dia prepaid, duit dah tak berapa nak cukup dalam card tu. nak top up cam malas. so beli je la ape yang mampu. aku gi balik stall tu mintak org kedai tu bagi je la kitorg apa2 yang cukup dengan balance duit dalam card tu. hahaha.. sedih tak sedih la kan. last2 nampak set nasi dengan ayam cincang dengan tomyam ayam satu. nasib portion nye generous. 


balik ke hotel jalan kaki. paling kesian dian la. sebab agak jauh jugak jungceylon mall ke hotel kitorg untuk seorg budak berumur 4tahun. sebagai upah, kitorg singgah convenient store and dian beli la apa2. pringles, oreo, ice cream. so makan tu je la dorg adik beradik. sampai hotel masing K.O. sampai petang swimming. kitorg dinner kan lauk tapau tadi dan maggi dan instant mushroom soup campbell..

ok la penat bebel. nanti sambung day three. da da..



Saturday, August 13, 2016

#diandanipiphuket - Phuket trip 2016

Huwaaa dah dekat sebulan dah cerita pegi phuket ni.. dari sehari ke sehari nak update kat blog xupdate2 pun. dah la konon nak cerita part by part.. gasak la.. cerita yg mana dan je.

Day 1 - 13th July 2016

sampai di airport phuket pukul 5pm waktu thai. transport dari airport ke hotel kitorg dah pre-book dgn hotel. my husband mmg mcm tu. dia paling xsuka nak menggagau kat tempat2 org especially bila ada dua anak kecik tag along. or maybe dia suka perasaan kne usher smpai ke kereta dari airport tu aku xpasti. but, thats quite a good feeling too actually =P

Sampai keluar airport jugak kitorg melilau carik manusia yang ada pegang nama aku. byk gile kut org siam pegang board dgn nama2 manusia tah sape2 lg. risau kut2 dorg lupa ke ape. duit dah bayar ni. anyway, total kitorg bayar untuk dapat kan airport transfer sampai ke hotel di patong dalam RM130. thats THB1030 dah termasuk tax. mahal skit dari taxi2 yang kalau kita amik di airport tu. dorg kate kalau taxi RM80 mcm tu boleh dapat. tp xpela, hustle free. boleh terus direct sampai ke hotel. alhamdulillah, kat luar tu nampak org pegang board with my name on it. ejaan mcm salah, tp aku kompiden tu nama aku. sementara tggu dia gi amik kereta, aku beli air jap. sebab haus sgt nihh.. total THB kitorg bwk ke phuket is 10,000THB. 1st purchase, air mineral yg harga nya 100THB. dah puas togok baru convert. mahalnye air mineral. RM10? phewww.. kalo kat mesia, jgn harap!

Nama driver kami tu Hep. aku memula dgr tu terkejut gak. ha? HELP? ok, maybe aku xpatut bulat kan L tu. nama dia hep. aku jgn nak exagerate. Hep baik. boleh ckp english. skit2. jadi la. dapat la dia share nama2 tempat, place of interest kat phuket tu, information pasal hotel yg kitorg duduk. muka pun xmacam org siam pun. cam org pakistan. jalan dari airport nak ke patong amik masa dekat sejam. bosan oiii.. masa pegi rase gak seronok ingin tahunya. masa balik aku mabuk. dah la masa perjalanan lagi jauh. bencik!

By the way, mase di patong, kitorg stay kat The Viridian Resort. location wise, strategic kalau kita memang jenis xboleh duduk dalam bilik hotel diam2. nak ape? tempat massage, convenient store, kedai buah, farmasi, nak beli spec, topi, tshirt, skirt, sume gerai depan2 tu je. jungceylon mall dgn bangla road pun jalan kaki dah sampai. masa kami mula2 masuk patong, fuhhh.. berselirat, serabut semua ade. dia punye bangunan mcm xteratur. padat hamat! ok, 1st impression kami pada patong kurang memberangsangkan. tp xpe, jangan putus asa. dari jauh aku dah nampak signboard hotel kitorg di celahan signboard2 lain.. aku tau yg kat patong hotel2 dia mostly building yg bertingkat2 tinggi, sederet kedai2, club2.. tp viridian ni dia mmg mcm oasis. tetibe masuk dlm, dia adalah resort yg cuma ada tiga tingkat and swimming pool kat tgh2. sesuai la utk family. x expose to public. agak privacy yet u're still in their city.


*gambar google*

Booking the viridian resort aku buat through booking.com. harga dua malam termasuk breakfast for two cuma RM300. haaa murah kan.. bilik kami deluxe biase je. tp mmg bilik xbesar. cuma ok la, ada katil sebijik, daybed tepi tingkap, balcony, toilet dia pelik dan kecik skit. sinki kat luar which dian panggil area tu dapur dan water pressure shower dia, terbaikkk..

urusan check-in kawan hep yg tolong uruskan. nama dia smile. haha.. smile pulakkk td help. nampak aku pakai tudung die terus claim diri dia muslim. nama muslim dia sofia. tp bila aku tanya halal food kat mana, mampuih die xtau. haha.. abeh ko makan ape piah? but thats ok. staff semua friendly and helpful alhamdulillah.

Since hotel ni byk pokok2, so byk jugak nyamuk even dalam bilik. tp jgn risau, dorg ada sediakan ubat nyamuk and aku pun mmg bawak sticker ubat nyamuk siap2 sbg langkah pencegahan. payung pun dia bagi 2 ketul. mase kitorg pegi ni low season. masa kitorg sampai pun hujan. Hep kate hujan di phuket unpredictable. boleh jadi dia hujan malam, siang cerah. boleh jadi dia hujan sehari suntuk so masak la kau. xkan nak mintak duit refund kat tuhan. hahaha..

malam tu kami cuma dinner maggi dan roti2 malaysia. husband and i were exhausted tp bebudak excited kemain beno. nak suruh tgk tv, mana kan diorg paham. katun nye pun ckp siam. kat viridian, tv dia ada dalam 70 channel. penat nak tekan sesatu kalau nak balik semula kat channel dh bukak td. nasib wifi free. dorg main la ape dorg suka kat daybed. sementara mak upload gambo, borak kat whatsapp dgn kenalan. kehkeh.. before 10pm, semua gonezzzzzzz..


Tu dian dekat lobby hotel mase check in. Dah maghrib time ni. Tgk la blkg tu. Dpn hotel mmg mcm2 ada. Sgt2 strategic location ni. Pandai aku pilih 🙊 . Atm n money changer pun tepi tu je.


Ni plak bilik kitorg.. ok la. Cosy enough utk keluarga kcik kitorg ni. Ada balcony, half facing the swimming pool. Gembira la budak2 dua orang tu.. nnt aku sambung cerita day 2 plak.. batt phone dh 0%.

Wednesday, June 8, 2016

Kanak-kanak dan escalator

Salam ramadan!

tghari ni sementara bermalas2 nak buat kerja, ternampak org share dekat fb pasal kes kanak-kanak jatuh dr escalator sampai meninggal somewhere last year. Nauzubillahiminzaliq! As much as we pray so hard that it wont happen to us, cuba bayang kan perasaan ibu and keluarga mangsa. kalau aku, mau ku haram kan 7 keturunan untuk guna escalator lagi. no way! not even close. gitu skali fobia dia. 

baru-baru ni plak ade kes budak lelaki yang tersepit anu di escalator jugak. i dont know if its appropriate tapi erghhh.. ngeri bile tgk org share gambar di fb. tah apa la komplikasi yang budak tu akan alami. husband and i talked about it last night. masing2 xbole nak fahami logic cemane anu yg boleh tersepit. hurmm.. mcm2 spekulasi kitorg buat but yet again, benda dah nak jd kan. sama la jgak, kalau aku mak budak tu, mmg aku lari laju2 bile nampak escalator. xmo dekat. no, no way!

got to admit, budak2 ni unpredictable. dorg pun bukan saje nk sepit2 kan anggota dorg kat escalator. itu semua tindakan refleks sel-sel otak sedang berhubung. macam la xpernah jd kanak-kanak kan. mcm2 aksi and experiment kita dah buat dgn escalator. i have once fell on the escalator. sakit okeh! escalator tu kan beline2, tajam! tu pun dah nyesal gi lari2 kat escalator tu. sakit nye sampai skrg boleh ku bayang. itu baru lutut tercium bucu anak tangga escalator. ko byg yg tersepit plak. huwarghhhh.. kalo ikut fikiran aku ni, mmg xjauh aku fikir. putus, putus, pstu nnt anggota tersepit tu naik blk kat another end. arghhhh!!! horror nye!!!

Biasa nya kalau aku jalan dgn anak2, mmg xpernah la naik escalator. walaupun dani berdukung and dian kadang2 boleh jalan sndiri, mmg kitorg seboleh2 elak dari perlu ke tempat yg kena pakai escalator. actually tak terfikir pun pasal tersepit2 sume ni. lebih pada dian xreti pakai escalator n leceh kalau nak berangkut. aku pun kadang2 ade gak teragak2 nak pijak escalator tu. but most of the time, lift jugak menjadi pilihan keluarga kami. nak selambe sorong stroller kat escalator mmg xla. tu lagi seriau kalau pape jd. hahaha..


Dian dgn dani ni pasangan adik beradik stroller. dulu try jugak bawak dani pakai ssc. ok la masa dia baby tu. tp skrg dgn org nye sebesor itu, roboh oii bahu mak bapak. xpela, kitorg ade satu lagi stroller extra. stroller murah2 je. so, menyorong la kitorg laki bini kalo berjalan. sorg tolak kakak, sorg tolak adik. iskkk.. xdapat la nak merasa berpegang tangan jalan2 nak romantik2 skit. mmg xdapat.

mungkin itu salah satu cara untuk elakkan dari kemalangan yg xberbau di escalator tu kan? instead of pakai escalator, kite guna alternatif lain. kalo xde lift, kite guna tangga. tu pun kalo keadaan mengizinkan la. to me, kemalangan mmg xberbau. tp yg mana kita mampu elak, cuba lah elak. kalau lepas tu terjadi jgak, itu semua atas kehendak-Nya. kita dah cuba. maybe bila anak2 dah besar, remaja skit baru boleh guna escalator dgn hati tenang. kita xtau kan.. kadang2 nampak molek je anak kita step kaki di escalator tu, tp kang tiba2 escalator sedut crocs la, tali kasut la, iskkkk.. kenapa escalator ni sgt kejam!

sementara tunggu saintis reka escalator yg selamat, same2 la kita cuba tgk mcmana supaya kes-kes tersepit escalator ni boleh dikurangkan. mungkin, pengawasan anak-anak kena up lg ke. kadang2 kita bukan nak naik atau turun escalator, kita tgh pilih baju. tp sbb ralit sgt, xperasan anak2 ke kawasan tu. so better make sure, anak-anak xlepas dari pandangan. kalau kisah husband aku, anak2 dia mmg xbole jejak tanah. baik masa baby xpernah berdukung, kalau dah besar boleh jalan pun xdibenarkan jalan. kalau ke mall, semua kena duduk stroller je. siap berbuckle. dulu aku rimas gak. asal anak2 merengek skit, solution dia ialah BALIK. padahal baru xsampai setgh jam kut sampai setia city mall. tp skrg aku dah nampak kebaikan dia. atas sbb tu la kitorg laki bini banned KLCC. lift jauh, sentiasa penuh, cemana nak tolak stroller? IOI city mall pun sama. kena tunggu 2-3 lift lepas baru boleh naik. Kitorg bukan sorong satu stroller. tp dua. tu pun bukan stroller bagak2. satu buggy kecik dgn quinny zapp sekoq. tu je. maka, avoid la kite ye. OU gak best. lift tenang and accessible. so parents, before decide nak kemana, consider la skali escalator ke lift ke satu2 tempat yg nak dituju tu. kalau nak study floorplan pun xsalah. asalkan kejadian yang xdiingini boleh dicegah.






Saturday, May 28, 2016

Barang-barang baby dan anak-anak pada harga berpatutan!

Hi semua!

Pagi ni saja nk shara/promote my new business venture. Kalau ada yang tgh expecting tu atau yg ada anak-anak kecik termasuk blog kecik ni, sila lah luangkan sedikit masa follow instagram @mombaby.republic  kat situ ada jual macam2! dari baju, sampai ke selimut, sampai ke bag, sampai ke cloth diaper, permainan, semua ada..

Actually memula beli untuk pakai sendiri je. Tapi maklum la, bile ada anak2 kecik ni excited skit nak cari itu ini untuk keperluan anak2. last2 fikir, hurmmm.. baik jual je la skali alang2. sbb barang-barang baby and budak2 ni mmg byk jenis. kadang2, xsemua kita perlu beli walaupun hati bekenan sangat.So, dari situ la tercetusnya permulaan meniaga barang-barang keperluan baby dan barang-barang kanak-kanak secara online.

Alhamdulillah baru 3-4bulan buat business ni secara serious, dah banyak business ni bantu nak-nak keadaan sekarang yang economy xberapa bagus ni. July ni pulak kitorg nak pgi travel satu family. so duit untung business ni boleh la pakai buat belanja nanti. 

Jangan risau ye, insyallah harga kat IG ni antara yang termurah kat pasaran. Harga murah tu pun sebab fikir diri sendiri kalau jadi pembeli sanggup spend harga mcmana masa membeli tu. tak amik untung byk pun sbb business ni sekadar untuk buat duit jajan2 dan suka2. Yet pada masa yang sama, kualiti insyallah terjamin sbb mcm ckp td la, aku letak kan diri sendiri as pembeli. 

Sampai hujung bulan ni ada promosi beli 4 tshirt pada harga RM70 sahaja termasuk postage. Insyallah, setiap bulan kitorg nak try buat special promo supaya dapat bagi special value untuk our dearest customer.







Eh byk la kalo nak tepek semua. kalau nak tgk follow je IG tu ye.. Diaper bag tu semurah RM45. Swaddle pulak RM27 je. Kasut RM20 pun ada. Baju budak-budak, cantik2!!!

Jemput follow ye.. =)

Tuesday, May 24, 2016

My anak-anak is a blessing

Whoaaa.. its a been a while man. Last update pasal dani masa dia 10 bulan. Sekarang si budak muhamad dani islam tu nak masuk 15 bulan dah. Cptnya masa berlalu. Cant believe now is coming towards the end of may. We're entering mid 2016 already n these kids are growing fast!!!

Dian and her school, dani and his new things everyday, they are so awesome. Macam xpercaya yg i am their mother. I actually really impress with myself. Siapa sangka akhirnya aku jd seorg mak. Bukan utk sorg tp 2 org. Masing2 dh makin besar. Sekejap lg dani pandai bercakap, time tu lg la mencabar kut.



Ok, mari celoteh psl perangai n milestone sorg persorg..

Dian aka kakak aka yanyan aka kayan

To be frank, dian ni boleh diklasifikasikan sbg pelat. Kpd mereka2 yg xbiasa, mmg agak payah nk fhm setiap butir yg keluar dr mulut dia. Cth ayat; dian rase nak makan nasi lemak dgn ayam dgn kulit yg dlm plastik merah tu boleh ke? Dlm bahasa dian, bunyik nya akan jd mcm ni "yan ase nak makan nasi lemak nang ayam nang kulit yg dlm pastik mewah tu boleh te?" Ok tu mcm xsusah sgt kan? Like last saturday, we had potluck sesh at fiena's and dian tolong masak kat dapur. Menu hari tu: lasagna roti. Soalan dian :"mak nak masak pajeti ke?". Terbahak2 aku gelak. Dh kenapa bunyik nya mcm makanan jawa??? Its spagheti dian. Se pe ge ti! Sian dian tesipu malu. Sorry...

Kat sekolah plak, dian dh xmalu2 kucen lg. Cikgu ckp dian dh xmalu2 nk bercakap. Mase cikgu bgtau tu i was like oh nooo.. aku tau sgt dian kalau dh mula bercakap jd nye mcmane. She wont stop. She just wont. But i wish her teacher a very best of luck. Harap mcmane nk handle budak xbenti nk ckp termasuk dlm salah satu kriteria utama yg perlu ada utk nk jadi cikgu tu. Alhamdulillah, dian skit xsusah utk pgi sekolah. She even love love love to go to school. bgn pagi pun senang. Totally opposite me n hubs. Our kindergarten history mmg xpatut dicontohi. Letak apa saje digate sekolah tu, kami psti peluk erat. Asalkan xperlu masuk kelas dan xpayah belajar. But dian, being to school tu semacam syok gile. Knp la aku xrase syok mcm die dulu. She made it looks so easy. Huhu.. husband n i consider it as our rezeki. We must be doing something good to deserve this. No expectation put on dian buat masa ni. Dia dpt biasa kan diri kat sekolah tu pun dah cukup baik. She did hafaz few surahs already. Xla lancar but alhamdulillah.. she's also very good at solat n wuduk too. One of the reason why PASTI is our choice.

While at home, dian loves to play with her cousins. Budak ni ada keras kapala nya jugak. Kalau dia nak tu, dia nak la. Tp kalau kena pd gaya, dia masih boleh dipujuk n dirayu. She always has that soft spot in her. In terms of surviving among her peers, i think dian has no problem with it. Mungkin sbb her physical build, i dont think people can bully her easily. She's the type that wont attack but dont mess with her. U wont want her to come near u. Ni based on my observation. So i dont worry so much when it comes to her familiarizing with her friends. Tp dian ni lambat panas. She definitely not the center of the attention. yg ni maybe dian ikut aku. Kitorg cuma duduk kat corner tgk org but we're still in the circle. Ckp psl physical build, mmg lahir nya dian ni nampak mcm menurun baka husband. Tinggi, besar, buncit. Haha.. bukan la laki aku tu keturunan nya buncit2.. tidak. Tp dian ni punye selera, adoi makkkk.. kalah aku. Aku pun mkn simple2 je. Dian punye feveret, kuah lemak ayam la, sardin la, ikan goreng la, kuey tiow goreng tu feveret, maggi kari yg pedas tu, eh semua laaa.. yg pedas2 masin2 savoury tu bg kt dia. Yg maneh mcm cake ke chocs ke sekut2 ke dia kureng. Muruku die hantu. Hahaha.. bab ni aku serba salah nk syukur ke nk redho ke camne. Sbb aku ni bkn reti masak, bkn reti mkn, dpt plak anak cenggini. Sabo je la.. tp xpe, she sihat, im a happy mom already.




Dani aka adik aka dandan aka kabi

Haha.. kabi tu tah tatau mane dpt. But i always call dani as kabi. Mcm nk panggil baby tp nahhh.. so kabi plak jd nye. Mcm pggl kucing tu, here kabi kabi kabi. Bile husband tanye ape kabi tu? Terus nyanyi kabi kushi kabi gam. Hahaha.. mslh btol mak ko ni dani. Yg bestnye bile tanya sape kabi mak, diangkat plak tu tgn nya. bg respon baik nampak nye ye dani. Bagus.. good son.

Sekarang dani dh boleh jalan, lari yg acah2 laju tp senanye xbape laju, menari stok cangkung diri cangkung diri tu, makan ape saje sbb gigi blkg atas dh nampak. Haihhh.. dah besar la anak bujang ni. Tetapi, biar pun bujang, merajuk budak ni boleh tahan gak. Lebih hebat rajuknye kalau nk dibandingkan dgn kakak. Sekali dani merajuk, abeh dilembik kan seluruh badan. Dh la dani ni minatnya lebih ke ayah, kalau kne tinggal sedihnye bukan main lagi. Mengongoi berjujuran la air mata. Sayang la sgt kt ayah tu. Mak nk peluk pun xberkesan. Foineeee..

Selera makan dani dgn dian, lebih kurang je. Cuma dani kitorg blom expose kan dia dgn makanan pedas2. Dani telan apa saje yg disuap. Kecuali yg manis2 atau masam2. Susu, alhamdulillah aku masih bg dia susu badan. Cuma baru2 ni, kitorg dh start introduce kan susu formula. Dia accept je. Stand by utk puasa sbb production dh kurang. Last timbang berat dani almost 15kg. Tp rasenye skrg dh lebih. Susuk dani pun same pesen je dgn dian. Baka ayah sgt.

Character dani sgt fun. Dgn kerinting nya, suka dia mengusik org. Angin kus2 pun boleh tahan gak. Kalau kat rumah mak tu, cuba la cousin2 dia ngusik. Xbg dia join main skali atau ape jela, confirm dikejar nya. Xkejar terang terangan, dlm diam dia attack org. Hahaha.. why la dik, why why??? Selalu kalau balik dr kerja tu, senyuman dani yg plg smpai ke telinga. Haihhh.. ilang penat kerja, penat hadap jam bile tgk dani sambut mak. Kalo dian sambut mak, sambung pnat blk sbb mulut dia bercakap kalahkan bertih jagung. Kekeke..




Having a boy and having a girl mmg berbeza sgt. Syukurnya dibagi sepasang. Dpt experience n tgk sndiri beza nk membesarkan anak laki n anak perempuan. I dont know if its because of how we raise them which we dont even notice or mmg allah dah ciptakan fitrah anak perempuan begitu and anak lelaki begini. Kalau tgk dian, dia mmg ada sopan santun, lemah gemalai, malu2 kucing nya. N dani plak org nya berani, aktif n ada nakal2 adik lelaki tu. Selalu la dua beradik ni bergusti. Walaupun si kecik tu kecik, pedulik apa dia. Apa je yg dpt dicapai mmg dia capai sepenuh perasaan. Selagi xdpt, dikejarnya org tu. Kalau berebut, sekuat hati dia pertahankan apa yg kt nak. Dian plak kalo bergusti dgn adik, penuh perasaan jgak. Tp sbb dia tau dia kakak kan, dia xbyk melawan. Kalau kne hempuk rawak dgn adik, dian xbalas. Dia cuma mengadu kat aku or hubs n walk away which thats what i always told her to do. Kalau geram atau marah jgn lawan, walk away. Penah satu hari, kuat jugak dani gigit kakak dia. Dian punye jerit, siap ketap2 gigi, tgn gigil2, lps tu die tangkap kepala dani n gave him a kiss. Ya allah, nak nangeh tgk respon dian tu. Begenang air mata dia bgtau dani, "adik!!! Knp gigit?? Tgk tgn kakak dah merah". Wuuu sedih.. terus ingat ni kalau aku n husband xde ni, harap biar lah smpai kebesar dua beradik ni mcm ni.

Watching them play n cuddle n fight n sleep n eat or whatever they do together will always makes me feel like im on top of the world. Lupa segala masalah bila dorg berdua gelak sama2. Mcm seronok nye la bermain adik beradik. Dani biar pun nakal2 manja, dia selalu kiss kakak dia walaupun mak xpasti itu kiss atau gesture apa. Selalu dani yg bgn tidur dulu. But he always go to his sister to wake her up. Nnt kang dicium bontot dian la, diusap rambut dian la, digolek2 dlm dakapan dian la. Sampai kakak dia bangun.

back to the title, my anak-anak is the true blessing Allah has given to me and im so thankful. dulu, i once afraid that i could not be the best mom. but today, i think that being a mom is something that i'll give my very best to because i just want the best for my children. for the time being, i know that i'm someone's special. to dian and dani of course. in their eyes, i see hopes, i see trust, i see sincerity and i see love. lots of love. Everyday when im driving to work or driving home, i always pray for God's protection. protecting my children is definitely. but i also pray to Allah so that He'll protect me and my husband too. we need to be here, right here for the kids. but if there is anything happen due to His will, i am absolutely redha but still im begging for Allah to always love my kids and give them mercy.



till next time.. daaa..

Tuesday, March 29, 2016

Jenis Baju Kurung Wanita 2016

Pejam celik pejam celik, kita dah nak jumpa syawal lagi. Ganti puasa tahun lepas pun xsettle lagi. But I don’t mind. Nasib puasa last year hutang seminggu je (+/-) sbb time tu pregnant with Dani so org mengandung kalau puasa paham2 je la kan. Ingat lagi, puasa tahun lepas minggu pertama je rajin prepare juadah buka puasa. Well, tahun ni nnt ntah mcmane pulak la agaknye ye.

Being the mom in the family, harus la kerja ai jadi tukang fikir nak pakai baju raya camne tahun ni.. fikir nye berbulan2. Decide nye tak jugak. Sekejap kang nak warna brown, sekejap kang nak warna maroon, sekejap kang nak warna chrome. Haha.. abeh kalau suami tu bole ikut je pilihan kite ni xpe gak. Ini macam2 dia consider. Eh, macam dia plak pompan. Nasib baju lelaki mmg pesen tu tu je. Tak macam baju kite orang perempuan. Macam-macam pesen, macam-macam cutting, macam-macam brand kan.

Dari first time raya dengan suami, aku perati je brand2 yang ada kat pasaran. Kalau xdulu sebelum kawin, mane pakai baju jenama2 designer ni. Xde makna! Pakai la baju cap pkns pun, bedal je. Tp skrg, cap pkns pon dah ade cap mohor die tau. Harga die jgn buat main. Tu yang baik aku beli baju raya cap designer je. Lawa pun lawa, glamer pun glamer, harga lebih kurang, gosok saje poket pak banker, insyallah, bergaya la kite raya tahun ni ye.. muahahaha!!!

So, agak2 raya tahun ni kita nak pakai baju cemana ye? Warna tu, leave it behind dulu. Skrg fikir jenis baju kurung wanita yang agak-agaknya in n sesuai dipakai masa raya pertama, kedua dan ketiga nnt. Hehe..


Baju kurung peplum ni dah penah pakai. Some say that peplum is so yesterday. But not for me. Peplum ni, boleh buat kita nampak curvilicious jgak. Banyak designer yg still buat baju cutting peplum ni. Reason being, sbb dia still in la kan. Rase sopan santun bile pakai peplum. Maybe sbb kain die flowy2 kut.


Kat atas ni baju kurung moden. One of my favourite. Hehehe.. padahal kurung moden ni jalan paling selamat kut. Tak tau dah nak pakai baju mcmane, buat kurung moden je la. Tp bahaya kurung moden ni, kalo makan terover dose skit, kantoi babat xdapat dibendung. Hahaha.. xpe, kita dah puasa sebulan, chances utk babat run wild adalah tipis (yeke???)


Haaa perasan xlast year tetibe ada pesen baju baru. Ada panggil ‘cape’ ada panggil ‘bat sleeve’. Cantik sgt!!! Aku pun suke. Fefeeling pgi event datok datin gitu. Tp mandang kan hakikat nye aku bukan datok datin, pangkat mak je baru, mmg xsesuai la gaya gini. Sesak nafas dian dani kne kibai2 dgn mak dorg nanti. Unless tetibe dpt jemputan open house kat JW Marriot, mau gak aku try gaya ni.

Kurung tradisional, kebaya, kedah, kurung Pahang, kebarung tu mmg xdapat disangkal. Thats all time favourite. Ada terfikir nak berkebaya tahun ni. Tp mcm xbrape comfortable kalau kain baju tu too body hugging. Kite ni mak menyusu badan. Loose tu selesa tp kalau xde shape sgt pun, sedih jugak. Hahaha.. confuse la aku! Memohon, banyak la designer yang release baju raya dorg awal tahun ni. Release lambat2 kang aku rugi sbb dh beli baju lain awal. Kalau nak suruh aku beli last minit plak kang rugi jgak kalau dibuat yg direlease hujung2 tu xberkenan dihati. Yang berkenan plak dah kehabisan stok. Huhu.. mati!!!!



Wednesday, January 20, 2016

Dani oh Dani

Dani Islam si jantung hati.. dh nak masuk setahun mak baru nk update psl adik? Ampun kan mak..

Setakat entry ni dibuat, umur dani masih 10 bulan dan beberapa minggu, mak lost count. Pokoknya, masuk bulan 2 ni, anak mak dah 11 bulan. Tinggal satu bulan je nk tukar status. Pejam celik pejam celik sgt la membesar kan anak kedua ni. Xterkejor. Xterblog! Hahaha.. mungkin sbb masa yg ada mmg diguna sepenuhnya utk family. Langsung xsempat nk fikir "owh, i should blog this. Owh.. this deserve an entry. Owh, i should save this in my blog". No way huawei best wei lah nak pk smpai kesitu. Koman2 pun update kt setagram, tu je.

Anyway, dani dah ada 5 batang gigi. 3 atas, 2 bawah. Dh xlayan ok bubur2, nestum2 cerelac ni. Sumbat je die mkn nasik, insyallah senyap la die. Rase nye, dani ni terel mengunyah di awal usia la jgak. Kemain sgt. Xkan dh bole sumbat sambal ni dik? Hahaha.. jenuh la wan kamu nk masak sup je nk kasi cucu teruna sorg ni mkn.

Susu, masih fully breastfeed. Alhamdulillah.. rezeki masih ada. Tu pun org nye bkn minum byk pun. According to mak n my maid, susu dani laku time die nk tdo je. Kalo x, boh layan.. -_____-

Jalan, blom lagi. Merangkak laju. Habis segala ceruk pelusuk diteroka. Mcm buldozer. Main gelek je xkira ade basikal ke, ade kain baju mak br lipat ke, ade mainan ke kat lantai tu, walaupun ade mak bergelimpangan dihadapan sekali pun, itu bkn penghalang. Gelek tetap gelek. Ngucap panjang mak. Bab merambat2 pun dia la no. 1. Paut kat coffee table insyallah, dapat la tawaf selamat dtg dgn tawaf selamat tinggal. Nak2 kalo atas meja ada objek2 menarik, lagi die naik syeikh. Panjat tangga pun dh hebat. Mak berserah je la dik. Mintak tolong Allah sentiasa tgk2 kan adik. Lindungi adik. Mak kat opis, xdpt jaga adik. Kalo mak kat rumah pun, mmg mak xtermenang tgn la mengejar awak. Harap tuhan tabah kan mak.

Kegemaran, ape ye.. hahaha.. tatau. Dulu die suke tgk upin ipin. Mak ayah pun record la upin ipin sesiri dua. Pandai bosan agaknya anak aku ni. Asik2 pusing episod same, die pun naik jemu. Dah mak nak buat cemane dik, astro ceria balik2 main episod harta karun. Sampai kitorg anak beranak pun dh tercakap bahasa pulu pulu dek kerana kerap sgt layan upin ipin yg itu.

Last timbang dani mase nk masuk 10bulan hari tu kut. Berat dani 10kg lebih je. Steady la mak dukung sebelah tgn sambil bancuh susu kakak. No hal. Alah bisa tegal biasa. Syukur sgt dani ni pesen nye easy baby. Muke sebedek xde perasaan xkira apa yg sedang terjadi disekeliling. Tp bile die dh senyum, allah mak.. cair mak. Hemsem sgt mak rase. Kalo adik gelak mengkekek2 lagi la comel.

Org kate dani ni byk ikut muka side ayah. Physically, u dont look much like me. Xpela, mak dh sapu bersih muka kakak. Smpai ada org kata kakak dian tu versi mak reborn. Hahaha.. gasak kan. Tp adik ni jenis watlekwatpis mcm mak kut. Suke control2 macho.. eh, mak suke control macho ke? Tetibe..

Xsabar nak tunggu dani cpt jalan. Nak bawak dani jalan2 naik aeroplane. Msti seronok. Dani kan anak lelaki harapan. Gentleman sgt bile kne marah pun muke control2 xmo nangis. Tp bibir dh cebik. Well, anak jantan mane bole nangis kan. Xsangka, baby2 pun dh tau gitu ye. Hebat btol ciptaan Allah. Effective btol hormon lelaki dani. Dh la kuat mengusik jgak. Kadang kalo main dgn dian, mak mampu menonton je. Koser la nk leraikan org yg tgh syok bergusti. Nasib dani wrestler berbakat kategori lightweight. Ape sgt setakat kena henyak dgn kakak. Die balas balik rilek dgn senyuman. Phewwwww.. *mak lap peluh

Rutin harian yg kne ulang alik pegi kje pastu menguruskan budak 2 org mmg meletihkan. Dh la dua2 tgh dlm fasa yg sgt memerlukan perhatian. Dian yg dh start sekolah lagi. Nevertheless, mmg enjoy berikan dorg perhatian n kasih syg yg dorg mau n perlukan. Tdo smbil kne peluk dgn dua org budak pun bole buat mak relax aftr a looong day at work and doing chores for our next day necessities. Kalo malam ni mak xbasuh baju dian gosok baju dian, esok nya dian nk pakai baju apa pgi sekolah? Kalo malam ni mak xcuci botol susu dani, esoknya dani nak pakai botol susu yg mane? Gitu mentaliti mak2 skrg. Malas cemane pun tetap la digagahkan. I think i must credit myself for all these effort. I wasnt like this before, i swear. Skrg semua nya rajin semuanya mampu semuanya boleh buat demi anak2. Time ni la rase justin bieber diperlukan utk nyanyi lagu never say never kat celah telinga.

Anyway dh terlajak bebel. Meh tepek2 skit gambar dani sbg pemanis entry kali ni..

Till then, ttyl..